Kasut tumit tinggi

tulisan pelayaran menjangkau dunia tanpa sempadan

Berkelah~ 23/05/2010

Filed under: Uncategorized — lilypatel @ 4:39 pm

Seronok sungguh bila dapat bersama keluarga,

lagi-lagi untuk meikmati salah satu nikmat Allah iaitu alam semulajadi yang  tiada tandingan hebatnya

Allahuakbar!!! Alhamdulillah…..5x..

Perkelahan kami berenam kali ini membawa kami ke Sungai Pisang, di batu 12, Gombak…

Bagi pelajar alamin gombak…apalah sangat tempat ini kerana setiap kali musim perkemahan tiba, destinasi yang dituju adalah kawasan ini…

Namun, disebalik semua perasaan kalian terhadap tempat ini, ada sesuatu yang telah daku temui dalam pencarian makna diri…

Saya sejujurnya telah menemui salah satu sifat yang Allah kurniakan buat diri ini(tidak perlu diberitahu disini)

Sifat ini ada baik dan buruknya buat diri saya sendiri…Alhamdulillah Allah pasti menjadikan setiap sesuatu itu pantas sekali buat diri hambaNYA bukan?

Ya, ayuh kita renungkan kembali,

sejauh mana telah kaki kita menapak di bumi ini?

sejauh mana islam telah tersebar ditempat yang kita tapaki?

dan sampai bila kita harus berdiam diri dengan segala fitnah yang terjadi terhadap islam?

saya bakal meninggalkan persoalan ini untuk direnungi bersama….

saya sejujurnya masih bertatih-tatih dalam ruangan ini, mohon jika sebarang kekhilafan dari segi penggunaan bahasa, atau kata yang tidak sesuai, tegurlah dengan hikmahnya….Syukran atas segalanya…Barakallah Alaikum…

P/S:Konklusinya, seharusnya kita melihat nikmat Allah dengan melihat yang paling hampir dengan kita, iaitu DIRI KITA SENDIRI….insyaAllah kudapan jiwa bersama…Astaghfirullahali walakum….Allahuakbar!